Friday 20 December 2013

Padlet

Padlet  sebelum ini dikenali sebagai dinding ucapan iaitu kombinasi perkataan paper+wood+tablet. Padlet ialah aplikasi internet yang membolehkan seorang untuk meluahkan apa yang dirasa didalam topik umum yang dibangkitkan. ia berfungsi sebagai kertas atas talian dimana seseorang boleh meletakkan kandungan seperti gambar dan video dimana-mana didalam halaman tersebut dengan sesiapa menggunakan peranti. Padlet tidak memerlukan kos untuk pendaftaran atau semasa menggunakannya.



Padlet

Apakah itu Internet?

Apakah Itu Internet?
Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, ia itu inter-net atau antara rangkaian. Sebagai contoh 'international' bermakna antara negara-negara, 'interstate' bermakna antara negeri-negeri, 'interdepartment' bermakna antara cawangan-cawangan begitu juga Internet bermakna antara rangkaian-rangkaian komputer. 2. Sekiranya kita menggunakan komputer biasa(tanpa Internet), kita akan menyimpan data-data tersebut dalam bentuk fail di dalam 'hardisk' komputer kita dan hanya kita sahaja yang boleh membukanya. Tetapi di dalam istilah Internet ini pula, kita menyimpan fail tersebut di satu tempat di namakan 'host' yang mana seluruh rangkaian komputer di dunia ini boleh membaca fail tersebut. Dan inilah yang di katakan Dunia Cyber. 3. Ia merupakan suatu perkhidmatan kepada kita semua. Sama juga dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti elektrik, air, telefon, perubatan dan sebagainya.


 Pendapat dari sebuah buku:
Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, ia itu inter-net atau antara rangkaian. Jika Internet merujuk kepada rangkaian yang di bina dengan menyambungkan rangkaian-rangkaian komputer di antara satu sama lain maka Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang di bina dengan menggunakan protokol rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang di kenali sebagai TCP/IP. Begitulah takrifannya jika internet di lihat dari sudut yang teknikal. Sebenarnya tidak ada satu-satu takrifan yang kursus yang boleh mendefinasikan apa sebenarnya Internet. Internet boleh di takrifkan sebagai apa juga yang melibatkan Internet itu sendiri baik dari segi pengguna, kegunaan, aplikasi, budaya, teknologi dan lain-lain lagi. Semuanya boleh di gunakan untuk menyatakan apakah dia Internet.